Friday, May 6, 2011
Perjuangan mencari ilmu
Hrmm... kini hampir genap tiga tahun aku berdaftar sebagai pelajar (pelajar tua). Masih terlalu banyak perlu ku pelajari dan telahi sebelum mencapai garisan penamat. Apapun berlaku, usaha mesti diteruskan. Tidak kira berapa lama masa dihabiskan, aku akan pastikan usaha ini berjaya. Aku perlukan ketabahan, ketabahan yang seharusnya terbina, terbentuk, dan membara dari semangat ku sendiri. Itu yang ku perlukan. Aku tidak boleh bergantung dan mengharapkan orang lain mendorong, kerana walaupun ada, ia pasti bersifat sementara. Orang lain juga punyai agenda sendiri, kehidupan sendiri yang perlu di teruskan. Aku tidak lupa, hakikatnya aku ada DIA, Yang Maha Kuasa untuk membantu dan memberiku inspirasi. Bantulah aku Ya Allah untuk menelusuri jalan ini dengan penuh ketabahan dan kecekalan. Hanya Engkau tempat ku berserah dan meminta.
Wednesday, October 8, 2008
Balik Raya lagi
Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua dan Maaf Zahir Batin. Alhamdulillah, tahun ni aku masih dapat balik kampung beraya. Bermula dari KM10 Highway Utara-Selatan, pada 29hb September 2008, aku kembali semula ke KM10 pada tanggal 6 Oktober 2008 (Isnin).
Perjalanan balik kampung memang memenatkan, bila sampai kembali ke rumah, badan sudah longlai setelah mengharungi hampir 3000KM perjalanan dari hujung Utara (Changlun, Kedah) ke Timur (Setiu, Terengganu) ke Selatan (Benut, Johor).
Walaupun penat, aku bersyukur kerana perjalanan yang jauh ini memperkuatkan lagi mahabbah sesama keluarga dan para sahabat. Paling penting, dapat beraya bersama dan menemui ibu dan keluarga ibu mertuaku di Terengganu dan Johor. Mereka gembira, akupun begitu. Alhamdulillah.

Subscribe to:
Comments (Atom)